Salam semua. Pejam celik, pejam celik dah seminggu akmal telah dibedah. Semalam akmal telah discaj dari Katil 14C Wad 7 Tingkat 2, Unit Orthopedik setelah dua kali dibedah. Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah kerana telah memelihara akmal sebelum, semasa dan selepas pembedahan. Sekarang ni akmal sedang berehat dan menjalani pemulihan diri di rumah. Sayangnya, selera akmal belum lagi datang dan hanya makan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Akmal yang kurus menjadi lebih kurus! Kadang-kadang akmal akan menjadi kurang selesa.
Pagi tadi seorang kawan saya yang sama-sama belajar di sekolah menengah datang berkunjung ke rumah untuk berjumpa saya disamping melawat akmal. Datin Nurul Hidayah datang bersama tiga anak2 beliau yang sedang membesar. Dapat juga kami bergurau-senda sambil mengimbau masa sekolah dulu. Setelah bersama sejam setengah, nurul bergegas pulang ke Seremban. Seronok juga berjumpa setelah 26 tahun berpisah.
P/S : Untuk naikkan selera akmal tengah hari tadi, kami telah memesan piza domino. Rezeki ....... jangan ditolak..
No comments:
Post a Comment