Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam anak2. Nampaknya tahun baru datang lagi. Cuti sekolah akhir tahun 2010 baru sahaja berakhir. Memang saya rasa masa berlalu dengan lambat sekali pada permulaan cuti dulu, mungkin kerana keadaan tertekan kerana pembedahan akmal. Tetapi selepas itu, masa semacam melayang aje sehingga rasa macam tak cukup aje. Pelik ke tak pelik ni? Sure tak pelik kerana semua orang akan rasa seperti yang saya rasa kalau berada di tempat saya.
Macamana persiapan sekolah anak2? Sebenarnya banyak aspek yang mesti anak2 sediakan dalam diri anak2. Antaranya, persiapan mental anak2. Anak2 mesti ada sikap positif dalam diri anak2 dan tanamkan niat di hati anak2 yang anak2 ingin belajar dengan bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran; dan sering berdoa kepada Allah semoga diterangkan hati anak2. Persiapan seterusnya, baju2 dan kasut sekolah. Dah beli ke belum? Atau yang tahun lalu masih elok lagi. Mana2 pun, jangan membazir ye anak2. Saya boleh bayangkan mesti anak2 tidak dapat rasakan betapa perit mak dan bapa anak2 nak menyediakan yang terbaik untuk anak2 semua. Jalan yang paling mudah ialah, ikut sahaja kata2 mak bapa anak2 buat masa ini kerana they all know the best for their children. Kalau anak2 tak boleh percaya tunjuk ajar dan pendapat ibu bapa anak2, siapa lagi yang boleh dan patut anak2 percayakan? Walau macamana tinggipun ilmu pengetahuan anak2, ibu bapa masih orang tua yang masih perlu disanjungi dan ditaati. Kita tak akan rugi sedikitpun kalau kita dapat membahagiakan ibu dan bapa kita.
Ada yang tanya ttg akmal? Alhamdulillah, dia semakin sihat, sedang belajar berjalan kembali tetapi masih menggunakan kerusi roda jika perlu. Masih mendoakan yang terbaik untuk akmal saya .....

No comments: