Salam semua. Nampaknya masa berlalu begitu cepat sekali. Alhamdulillah Akmal telah selamat dibedah untuk kali kedua pada hari Rabu yang lalu bersamaan 26 November 2010. Saya bersyukur kerana kali ini pembedahan dilakukan pada waktu cuti sekolah, maka saya boleh lebih menumpukan perhatian kepada Akmal. Pada hari Rabu itu, sepatutnya Akmal menjadi pesakit kedua untuk dibedah, seperti yang dirancang oleh pakar bedah. Tetapi pagi itu tiba-tiba Akmal telah dipercepatkan sebagai pesakit pertama untuk dibedah dan pada masa itu saya masih ada di rumah lagi. Bagai dugaan besar untuk saya mengharungi kesesakan lalu-lintas di Setapak dan di dalam kawasan HKL itu sendiri. Pada pendapat anak2, saya dapat bertemu dengan Akmal tak untuk mengucapkan selamat kepada beliau? Malang sungguh bagi saya, saya terlepas peluang untuk berjumpa dengan Akmal kerana saya terlambat 10 minit sahaja. Tuhan sahaja yang tahu betapa sedih hati saya kerana tidak dapat berjumpa, padahal saya sebagai ibu ingin sangat menatap wajah Akmal sebelum dia masuk ke dewan pembedahan. Saya terpaksa menunggu selama hampir 10 jam untuk bertermu semula dengan Akmal di Bilik Rawatan Rapi (ICU).
Akmal yang saya temui di katil 20 ICU amat lemah dan dalam kesakitan. Saya diberitahu oleh dokor yang bertugas, Akmal memerlukan 4 pint darah semasa pembedahan dan 1 pint darah baru sahaja dimasukkan ke dalam badan Akmal di ICU kerana dia kelihatan amat pucat dan dia kekurangan darah. Satu plaster besar ditampal di sepanjang tulang belakang Akmal menandakan di situlah Akmal telah dibedah dan besi-besi titanum telah diletakkan di tulang belakang Akmal untuk meluruskannya. Pembedahan kedua ini amat penting kepada Akmal kerana tulang belakang yang bengkok akan mengganggu fungsi perut dan jantung Akmal. Begitulah yang diberitahu oleh doktor pakar. Jutaan terima kasih saya kepada pakar-pakar bedah ( Datok Dr Fazir, Dr. Azlin, Dr Dzul dan Dr Hadi ) yang telah bertungkus-lumus membedah Akmal dengan jayanya dan dedikasi mereka amat-amat saya hargai. Okay lah untuk kali ini. Esok2 saya akan ceritakan lagi perkembangan kesihatan Akmal, InsyaAllah.

No comments:
Post a Comment