Salam semua. Nampaknya cuti akhir tahun 2010 dah pun bermula. Anak-anak saya mahu ingatkan agar jaga diri kamu baik-baik dan habiskan masa di rumah dengan cara yang paling baik yang ada. Kalau anak2 akan masuk Tahun 6 tahun depan, maksudnya kamu harus mula belajar berdikit-dikit supaya tak ada yang last minute nanti.
Akmal sekarang ni, Alhamdulillah makin cergas dan sihat. Baru semalam saya nampak dia cuba untuk berjalan tanpa gunakan walking frame, tapi dia terpaksa bergerak perlahan dan pegang almari dan kerusi yang ada di sepanjang jalan yang dia nak lalui. Itupun dia ambil tiga ke empat langkah aje. Sedih saya nak katakan pada Akmal hari Isnin hadapan dia akan masuk ke wad hospital kembali dan operate dua hari lepas tu. Tapi saya rasa inilah yang terbaik untuk akmal kerana doktor pakar terpaksa membedah akmal minggu depan juga kerana jadual pembedahan amat penuh sehingga tahun hadapan. Saya berdoa dan amat berharap agar pembedahan kali kedua ini berjaya dan akmal akan pulih secepat mungkin. Sebagai seorang ibu, saya rasa sedih tiap kali akmal rasa sakit nak bergerak, dia selalu akan rasa sakit pada luka pembedahannya itu. So setiap kali akmal rasa kurang selesa dan merasa sakit, saya akan memberi dia paracetamol yang telah diberi oleh pihak hospital. Kemudian akmal akan merasa mengantuk dan tertidur.
Tadi saya tekad membawa akmal dan adik-adiknya ke Jaya Jusco, Alpha Angle. Akmal berkerusi roda, maka saya telah memakir kereta dekat dengan lif. Barulah saya tahu betapa sukarnya seseorang yang menggunakan kerusi roda untuk bergerak jika tiada ruang yang cukup untuk bergerak disediakan. Alhamdulillah, kami dapat meluangkan masa selama 2 jam di sana. Harapan saya, agar anak2 saya bergembira dan berpuas hati dengan outing kami. Kalau akmal gembira, saya akan merasa lebih gembira .... :)
No comments:
Post a Comment