Salam semua. Nampaknya apa yang dirancang, tak dapat disempurnakan buat masa ini. Akmal telah dimasukkan wad semalam dengan selamatnya. Tapi keadaan dia yang kurang sihat kerana demam menyebabkan dia terpaksa balik ke rumah hari ini. Saya dapat tahu daripada abah akmal, pembedahan ke atas akmal ditunda sampai ke satu waktu yang lain. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Akmal memang kurang berselera semenjak hari selasa yang lepas dan suhu badannya agak tinggi.
8.55 pm : Alhamdulillah, kami selamat berada di rumah sekarang ni. Akmal masih lagi demam, doktor benarkan akmal balik tadi beserta dengan ubat demam dan antibiotik. Memang doktor pakar telah tunda pembedahan kedua di tulang belakang akmal, jadi kami ada temujanji dengan doktor pakar tulang pada 12 november nanti. Lepas itu barulah tarikh baru untuk pembedahan akan ditetapkan.
Saya sendiri telah lihat jururawat mengemas/menukar plaster yang menutup luka pembedahan akmal tadi. Satu hirisan telah dibuat di sisi pinggang kiri akmal sehingga ke hadapan badan di bahagian bawah dada. Panjang juga luka tu. Dari luar nampak luka tu dah bertaut dan kering tetapi kita tak tahu macam mana yang dalam, kan? Kalau anak2 bercita-cita hendak menjadi jururawat, doktor atau pakar bedah, semua ini nanti pasti dilalui...8.55 pm : Alhamdulillah, kami selamat berada di rumah sekarang ni. Akmal masih lagi demam, doktor benarkan akmal balik tadi beserta dengan ubat demam dan antibiotik. Memang doktor pakar telah tunda pembedahan kedua di tulang belakang akmal, jadi kami ada temujanji dengan doktor pakar tulang pada 12 november nanti. Lepas itu barulah tarikh baru untuk pembedahan akan ditetapkan.
Sampai sini sahaja buat kali ini. Semoga hujung minggu ini dapat anak2 lalui dengan tabah dan dapat menceriakan hidup kita masing2. Salam hormat dari saya....
No comments:
Post a Comment