Sunday, October 24, 2010

Akmal Faris (4)

Salam semua. Maaf lama tak menghantar berita. Akmal sekarang ni diberi cuti oleh pihak hospital maka dia ada bersama semua ahli keluarga di rumah. Keadaan dia agak memuaskan tapi masih lagi dia rasa kurang selesa dan tidak boleh bergerak banyak. Di rumah akmal bergerak dengan menggunakan kerusi roda, itupun jika dia hendak ke dapur, tandas dan bilik belakang. Di masa lain dia cuma duduk atau baring di atas sofa di ruang tamu. Pergerakan akmal agak terbatas kerana akmal terpaksa memakai satu 'baju kebal' khas supaya akmal tidak membengkokkan diri. Daripada apa yang abah akmal baca dari sumber internet, baju ini mestilah dipakai selama 22 jam sehari selama 6 bulan. Agak lenguh dan rimas juga kadang-kadang saya lihat akmal tapi apakan daya, itulah yang terbaik untuknya. Seterusnya, akmal akan masuk wad balik hari khamis depan, dan akan menjalani pembedahan yang kedua ke atas tulang belakangnya pada hari Isnin bersamaan 1 November 2010, InsyaAllah. Saya panjatkan doa sekali lagi buat anak saya akmal faris kepada Allah, supaya dapat menjalani pembedahan kali ini dengan sebaik dan sesempurna mungkin , selamat serta pulih dengan cepat, amin ...

No comments: