Salam semua. Macamana akmal hari ni? Alhamdulillah Akmal telah dikeluarkan dari wad ICU semalam selepas Maghrib. Latest news yang saya dapat dari abah akmal pagi tadi, dia sekarang ni telahpun dibuka tiup di hidungnya yang selama ini digunakan untuk dimasukkan susu dan ubat-ubatan. Maknanya dia dah boleh ambil makanan macam biasa, mungkin diet akmal bubur sekarang ni. Drip air di lengan kirinya juga telah dibuka, jadi mungkin sekarang dia akan rasa lebih selesa dan dapat lebih bergerak. Cuma yang ada sekarang adalah corong oksigen untuk disalurkan oksigen dan pelali untuk mengurangkan rasa sakit akmal. Habis luka bibir akmal disebabkan kering dan satu plaster besar diletakkan di sebelah pinggan kiri akmal. Selama ini saya ingat akmal dibedah di bahagian belakang badan seperti yang dibincangkan tiga minggu yang lalu. Rupanya setelah bertukar lokasi pembedahan di tulang belakang akmal, cara bedah juga berubah. Kita doakan yang terbaik, okay. So till the next time, salam and take care.
No comments:
Post a Comment