Salam semua. Bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk bersama lagi di ruang ini. Saya nak update tentang akmal yang sekarang berada di ICU. Selepas pembedahan yang mengambil masa lebih 8 jam, akmal terus di masukkan ke unit rawatan rapi untuk rawatan selanjutnya. Masa yang berlalu semasa pembedahan hari Isnin yang lalu berlalu begitu lambat saya rasai, rasanya tak sanggup saya tempuhi kalau diberi peluang. Tapi apa kan daya doktor pakar telah memberitahu kami yang akmal akan dibedah dalam tempoh 3 minggu lagi. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Akmal seolah-olah ingin mengatakan kesakitan yang dia sedang lalui kepada kami tapi mulutnya masih di letakkan corong oksigen. Semasa saya bersama dia tadi, akmal dah boleh memberi respon kepada saya. Di tangan kanannya di letakkan satu suis untuk akmal tekan setiap kali dia terasa sakit (pain killer). Tetapi mesin itu hanya akan respon setiap 5 minit supaya tidak memudaratkan akmal. Bayangkan besi titanum dimasukkan di tulang belakang kita, mesti rasa kurang selesa untuk bergerak, kan? Akmal yang saya tahu, adalah seorang anak yang tabah dan kuat semangat. Jadi saya amat2 berharap dia dapat bersabar dan sama2 menempoh dugaan ini sebaiknya. Kita sama2 berdoa, ye anak2.
No comments:
Post a Comment