Saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk beriadah bersama ahli keluarga saya hujung minggu ini. Saat-saat bersama mereka amat saya hargai dan saya amat berharap agar mereka juga dapat merasakan keseronokan dan pentingnya keakraban dan nikmat hidup dalam satu keluarga. Begitu juga saya harapkan agar anak2 jangan ambil ringan untuk selalu bersama dengan ibu dan ayah kamu kerana keredaan dan keberkatan keredaan mereka yang harus kita cari, dan kita tak tahu sampai bila kita bersama mereka. Saya mengingatkan anak2 dan juga diri saya sendiri.
Sunday, July 18, 2010
Beriadah bersama keluarga ...
Salam semua. Hari ini 18.07.2010, bagi saya adalah satu detik bersejarah dalam hidup kami sekeluarga kerana dapat membuat satu aktiviti luaran yang agak berbeza dari yang biasa iaitu bermain boling. Saya amat berbangga kerana tak seorang pun dari kami memasukkan bola boling yang kami leretkan ke dalam ‘longkang’ lane. Bukannya apa anak2, sebenarnya awal2 lagi pendinding telah dinaikkan di kedua-dua belah lane boling tu. So, ada juga kadangkala anak2 saya macam bermain pinball, bola kena kedua2 belah dan akhirnya sampai ke akhir lane. Anak sulung saya, Akmal sahaja yg telah berpeluang bermain boling semasa bersama2 rombongan kelas dia bermain boling tahun2 sudah. Maka pada dia lah kami rujukkan bagaimana nak buat leretan. Tapi kepercayaan kami pada dia luntur dan musnah selepas kami lihat sendiri macam mana dia ‘meleretkan’ bola boling tu. Akmal bukan meleret tapi ‘melontar’ dan ‘mencampak’ bola boling tu ke arah lane. Nasib baik tak retak atau berlubang lane boling tu. 

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment