Salam semua. Saya harap semua yang dirancang oleh anak2, dimakbulkan Tuhan dan semuanya berjalan lancar. Walaupun sudah separuh jalan kita melalui bulan Ramadhan tahun ini, saya masih ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin. Minggu lepas kita dikejutkan dengan kematian bapa Afiqah Bakar, salah seorang anak murid Tahun 6 Arif tahun ini. Takziah kita ucapkan kepada beliau dan jangan lupa sedekahkan surah Al Fatihah kepada bapa beliau. Apa yang dapat kita katakan, pemergian mengejut seorang bapa kepada seorang anak yang akan menghadapi UPSR tahun ini pasti akan mengganggu fokus Afiqah nanti. Maka sebagai kawan2 rapat, tolonglah beri semangat dan sokongan padu supaya Afiqah tidak merasa keseorangan dan bantulah dia juga dari segi emosi dan perhatian. Semoga Allah akan membalas baik budi sekalian.
Pada saya, bulan September dan Oktober tahun ini akan menjadi bulan2 yang penuh bermakna dalam diri saya. Anak saya Akmal Faris akan menjalani pembedahan tulang belakangnya pada 27 September nanti. Hati ibu mana yang tidak akan merasa gusar dan gundah-gulana apabila anaknya akan dibedah sehari suntuk pada hari tersebut. Debaran hati ini untuk menghadapi saat itu hanya Allah yang tahu. Saya akan terus berdoa agar pembedahan itu berjalan lancar dan Akmal akan menjalani pemulihan secepat mungkin. Saya diberitahu oleh pakar bius, pembedahan ini akan mengambil masa setengah ke satu hari untuk selesai. Anak saya akan terus dimasukkan ke bilik rawatan ICU tanpa dibangunkan dari biusnya sehingga keadaan dia stabil. Doktor bius itu kata Akmal mungkin tinggal di ICU seminggu ke sebulan; terpulang kepada bagaimana dia dapat menyesuaikan diri dan stabil untuk ditukarkan ke wad biasa. Macam mana ye nak hadapi semua ni ?
Pada masa yang sama, saya akan menghadiri konvo saya di UIAM pada 2 Oktober nanti iaitu kurang seminggu dari tarikh pembedahan Akmal. Agaknya macam mana saya nak bergembira untuk merai kejayaan saya; yang sepatutnya saya kongsi bersama dengan semua ahli keluarga saya? Rasa bersalah tu masih ada kerana sewaktu saya hendak berseronok, anak saya masih lagi dalam kesakitan. Rasa tidak mahu pergi konvo pun ada juga bertandang ke hati ni. Apa kata kita tetap bersyukur dengan pemberian Allah dan bertawakal dan berbaik sangka aje untuk hari-hari yang akan datang.
No comments:
Post a Comment