Wednesday, June 30, 2010

Pertandingan 'Knowledge Discovery Spelling Competition'



Salam semua. Pagi tadi saya telah membawa salah seorang murid Tahun 5 sekolah saya untuk pertandingan ala spelling bee atau spell-it-right peringkat Wilayah Persekutuan. Seronok juga meninjau sekolah SJKC Tsun Jin yang menjadi tuan rumah buat kali ini. Persekitaran yang bersih dan tersusun serta bangunan2 sekolah yang tersergam amat menyenangkan mata memandang.

Saya dengan berbesar hati membawa Adlina bt Mohd Fauzie, murid Tahun 5 Arif ini untuk merentasi bandar Kuala Lumpur dari Sentul ke Kampung Pandan hanya untuk memasuki pertandingan tersebut. Nasib kami kurang baik kerana memasuki hanya ke setakat pusingan ke 4 daripada 5 pusingan sebelum ke peringkat akhir. Selain daripada menguji kepandaian dan penguasaan perbendaharaan kata serta ejaan yang betul, pada pendapat saya, nasib juga memainkan peranan. Kadang2 perkataan yang dipilih untuk diuji agak senang dan ada juga perkataan2 yang bombastik dipilih untuk anak2 diuji untuk mengeja. Jika anak2 tidak faham perkataan yang diberi, mereka diberi peluang untuk bertanya definisi dan contoh ayat untuk perkataan tersebut. Semuanya ini harus dilakukan dalam tempoh 30 saat sahaja.
Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana dapat menjalankan tugas membawa seorang wakil sekolah dan beliau telah berjaya ke setakat yang beliau mampu di pertandingan peringkat Wilayah ini.

No comments: