Salam semua. Bagaimana cuti kali ini? Seronok, bosan, mengelirukan, meletihkan?? Bagi saya, banyak rancangan yang dibuat tapi cuma 80% aje yang jadi kenyataan. Takpe lah, janji kita telah cuba, kan. Hari Sabtu lalu, saya sekeluarga telah balik ke kampung suami di Perak. Setelah tidur di rumah kakak ipar di Changkat Jering selama 2 malam barulah kami berangkat ke Pantai Besar, Batu Kurau. Tapi pada tengahari Ahad itu, sempat kami ke kenduri kahwin di Taiping. Seronok melihat saudara-mara suami beramah-mesra melayan tetamu sambil menikmati juadah yang dihidangkan.
Pada hari Ahad petang tu jugak, mak long mereka telah membawa anak2 ke Muzium Matang, Hutan Paya Bakau dan Kolam Ayer Panas di Air Kuning. Seronoknya mereka, tak terkata ....
Tengahari Isnin, kami dijemput untuk makan tengahari di rumah sedara bertentang dengan rumah kami. Masakan ala kampung amat menyelerakan kami. Ada masak lemak rebung, 4 jenis ulam, ikan talapia bakar, ayam goreng dan cicah untuk ulam dan kerabu. Yang seronok dan tarikan utama untuk merehatkan jiwa di kawasan rumah Kak Mek ini adalah kolam ikan talapia dan sebatang sungai di belakang rumahnya. Susah nak dapat keadaan yang nyaman dan udara yang segar kalau di Kuala Lumpur seperti di sini. Satu yang menggelikan hati dan mengejutkan saya ialah, cucu kepada empunya rumah ini, adalah pangkat cucu juga kepada saya! So.... saya dah ada cucu dan dipanggil Opah..... heh,heh,heh...
No comments:
Post a Comment