Thursday, June 17, 2010

Thank You Allah ...

Salam semua. Pertama sekali ingin saya ucapkan syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan kepada saya untuk berbicara dengan anak2 semua sekali lagi. Berita baik yang ingin saya ceritakan kepada anak2 ialah, Alhamdulillah, berkat doa emak, bapa, suami, anak2, kawan2 dan anak2 sekalian, saya telahpun mendapat keputusan lulus untuk peperiksaan akhir saya pada 9 Jun yang lalu. InsyaAllah, jika tiada aral yang melintang, konvo akan saya lalui pada bulan Oktober nanti. Kita tunggu sama2 ye .....
Lagi satu yang ingin saya sampaikan, Alhamdulillah permohonan sumbangan untuk pembedahan tulang belakang anak sulung kami telahpun diluluskan. Tiada kata yang terucap bila saya dapat tahu wang sejumlah RM30 ribu akan disalurkan kepada pihak hospital nanti. That's why I said .... Thank You Allah ..... segala puji bagi Allah yang telah memberi rahmat kepada kami. Jadi anak2, boleh tak kita sama2 mendoakan semoga urusan pembedahan Akmal berjalan dgn lancar. Saya dimaklumkan pembedahan ini major operation dan akan mengambil masa setengah ke satu hari. To tell you the truth, saya cukup takut mengenangkan anak saya akan dibedah nanti. Doktor kata, ada byk kemungkinan yg akan dihadapi. Skru2 yg ditanam di tulang belakang supaya ia menjadi lurus tu mungkin akan menyebabkan nanah dan tak serasi ;dan pembedahan ke atas tulang belakang yang ada saraf tunjang tu amat merbahaya kerana boleh lumpuh jika salah percaturan. Kita sama2 berdoa ye ...

No comments: