Saturday, April 10, 2010

Salam semua. Lama jugak saya tidak menemui anak2 di sini. Bukannya apa, kadang-kadang ada perkara yang lebih penting yang harus diselesaikan dulu. Buat masa ini saya merasa amat lega kerana telah habis satu beban yang rasanya tidak tertanggung dek bahu saya ini. Pada 8 haribulan yang lalu, saya telah menjalani peperiksaan yang penghabisan untuk menutup tirai pembelajaran saya di UIAM, Alhamdulillah. Saya sedar, tanpa dorongan dan kerjasama suami, ibu, bapa, adik2 dan anak2 serta kawan2; saya tidak akan sampai ke tahap sebegini. Saya amat berharap keizinan Allah agar biarlah kertas peperiksaan ini adalah yang terakhir bagi saya untuk pengajian kali ini. Rasanya tak sabar2 pula saya nak tunggu keputusan yang akan diumumkan pada 20 hb April nanti. Doakan untuk saya juga ye.
So apa yang dapat saya ceritakan untuk kali ini. Mungkin tentang salah satu kebaikan daripada menceburi facebook. Anak2 nak tahu, saya telah berjaya bertemu semula kawan-kawan sekolah menengah dahulu, kawan2 maktab dan yang terkini sekarang ni, anak2 didik saya yang telahpun habis SPM, bekerja ataupun sedang melanjutkan pelajaran. Saya merasa amat2 bangga dengan pencapaian anak2 murid saya yang lepas. Saya dapat tahu seorang anak didik saya dari SKSN sedang belajar di Jordon dan seorang anak murid saya dari SKJAP sedang belajar di Universiti Al-Azhar dalam bidang perundangan! MasyaAllah.... betapa hebatnya anak2 murid saya ini..
Renungan untuk anak2... Selalulah kenang jasa ibu dan bapa anak2 sekelian... selalu minta keredhaan dan kemaafan mereka, supaya hidup kita senantiasa diberkati, InsyaAllah.

No comments: