Saturday, February 27, 2010

Reunion APGS students of SPM 1984 till 1986




Salam anak-anak. Buat apa ye sekarang ni? Harapan saya agar anak2 habiskan masa dengan mengulangkaji pelajaran atau memenuhinya dengan buat perkara2 yg berfaedah.
Semalam saya telah menempa sejarah saya sendiri dengan menghadiri 'reunion' sekolah menengah saya dulu. Sayangnya saya sahaja wakil tunggal veteran mewakili SPM 1984 dan selebihnya adik-adik yang dikasihi. Macamana rasanya berjumpa kembali kawan-kawan lama yg tidak berjumpa selama 25 tahun? Rasa gembira, sedih, teruja semuanya bercampur-campur. Sebenarnya kita sendiri tak tahu yang akan datang, cuma Tuhan aje yang menentukan. Begitu juga dengan kesemua kami yang masing-masing telah mempunyai keluarga, pekerjaan dan gaya hidup sendiri. Saya bangga dengan adik2 yang telah menjawat jawatan yang penting dalam skop masing-masing. Ada di antara mereka yang telah menjadi peguam, mempunyai anak syarikat pembinaan, pelancongan dan kedai makan sendiri, penolong pengarah di sebuah bank terkemuka dan pekerja swasta. Bagaimana dengan saya? Hanya seorang guru sekolah rendah di pinggir bandar. Adakah saya merasa rendah diri dan rasa terpinggir dengan keadaan saya ini? Oh, semestinya tidak. Saya bersyukur saya menjadi seorang guru yang sangat sayang dengan pekerjaannya dan berfikir semua anak2 murid yang berjaya ialah dengan usaha guru-guru sebahagiannya.
Maka, saya mahu anak2 renungkan masa depan yang cerah hanya akan terhasil dengan berkat usaha dan kesabaran anak2 sejak dari sekarang lagi. Walaupun kita usaha, Tuhan tentukan, tapi kita mesti mencuba dan bertawakkal.

No comments: