Salam semua. Hari ini saya dan guru-guru SKSN telah menghadiri LDP dari jam 1.30 tgh hingga ke 4.30 ptg. Tajuk aktiviti kali ini ialah pengurusan Ko-Korikulum dan 'team building'. Majlis telah dikendalikan oleh En Mohd Norsyam, seorang jurulatih dari Pusat Ko-Ko di Jalan Kuantan, Kuala Lumpur. Sesi pertama kami diberi taklimat mengenai kegiatan yang dijalankan di Pusat Ko-Ko. Banyak aktiviti yg dikelolakan, seperti flying fox, rock climbing, scuba diving, berkayak, camping dan sebagainya. Seronok juga kalau dapat membuat aktiviti ini dengan anak-anak kalau diizinkan, kan. Sesi kedua kami telah menjalani aktiviti 'team building'. Matlamat utama aktiviti ini ialah untuk melihat sejauh mana kita dapat bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai. Seronok melihat Cikgu Haslina, Zauyah, Maizatul, Rohati, Sengku, Hasrey, Suhaimi dan Mohd Din cuba mengimbangkan bucu kain yang mereka pegang sambil membawa satu botol air mineral yang ditegakkan; ke garisan penamat. Imbangan badan, cara jalan, tarikan pada kain, persefahaman, perpaduan, ego, tidak tamak, semuanya diadun begitu baik sekali untuk menguji ketabahan rakan-rakan saya itu untuk menempuh ujian kecil dalam 'team building' ini. Aktiviti kedua kami ialah untuk memasukkan paku yang telah diikat dengan tali (banyak) ke dalam botol mineral. Guru-guru diminta untuk memegang satu utas tali seorang, imbangkan dan masukkan paku itu bersama-sama. Satu lagi aktiviti yang menyeronokkan. Well, esok kami akan menjalani LDP hari yang kedua pada waktu yang sama. We'll see what will happen next, okay...
No comments:
Post a Comment