Salam semua. Semalam telah berlangsung Sukaneka dan Permainan Dalam peringkat sekolah yang dinanti-nanti oleh setiap warga SKSN.Kelas 5 Bestari telah menyenaraikan semua ahli yang ada untuk menyertai semua aktiviti yang disediakan. Nampaknya kemenangan hanya berpihak kepada dua acara sahaja iaitu Johan untuk pertandingan futsal untuk Tahun 5 dan Johan untuk sukaneka kumpulan 1 Tahun 5. Alhamdulillah. Acara karom yang disertai oleh Auni, Imran, Haiqal dan Kamaljit nampaknya tak ada peluang untuk menang kali ini. Begitu juga kumpulan dart dan menjaring bola kami. Tak menang tak apa. At least dapat pengalaman dan orang lain boleh nampak potensi yang ada dalam diri anak-anak. Esok pula adalah cuti peristiwa untuk kami, yes! Tapi saya akan ke SK Convent Sentul (1) untuk Penyelarasan Pentaksiran Berasakan Sekolah Bahasa Inggeris UPSR, iaitu tugas yang perlu saya habiskan sebelum hujung minggu ini. Sabar ye anak-anak, saya cuma menjalankan tugas yang diberi oleh pihak Kementerian Pelajaran. Whatever it is, belajar tetap belajar. That's your first priority.
One more thing, next week saya akan mulakan pengajian saya semula di UIAM untuk semester 1, 2009/2010. Maka, setiap hari Selasa jam 5.30 ptg hingga 8.20 malam saya akan menghadiri kelas Dr.Azian untuk kelas Curriculum Theory and Organization iaitu subjek terakhir sebelum saya membuat direct research dan Comprehensive Examinaton saya. Tolong doakan saya ye, sebagaimana saya selalu mendoakan kesejahteraan kalian.
1 comment:
Fatan sibuk je nak masuk blog 5 B!!!
Post a Comment