Salam semua. Jam 2 petang saya dan emak pergi ke Putri Park Hotel di Jalan Raja Laut untuk menghadiri seminar yang tersebut di atas. Banyak juga perkara yang saya pelajari, contohnya serba-serbi mengenai masakan dan cara nak menjana lebih wang untuk ekonomi rumahtangga.
Banyak juga yang menaja seminar ini. Dapatlah juga saya membawa pulang sekeping kad touch and go, air minuman rosell, cookies dan bermacam-macam lagi. Kami juga disediakan hi-tea oleh pihak hotel. Makanan petang dipenuhi dengan kuih-muih Melayu, nasi goreng dan laksa. Rasanya berbaloi juga dengan yuran yang hanya mencecah RM35 sahaja itu. Seminar ini telah di
kendalikan Chef Nordin Ahmad, seorang yang amat berpengalaman dari segala hal. Tidak ketinggalan juga seminar ini dihadiri oleh 2 orang seniwati veteran (yang masing-masing datang dengan anak perempuan mereka), hadir untuk memberi sokongan moral dan memeriahkan lagi seminar ini; iaitu seniwati Mariani dan seniwati Momo Latif. Mungkin anak-anak tidak kenal mereka tapi merekalah yang telah menempuh pelbagai dugaan dalam dunia seni dan kita patut menghormati mereka untuk umur dan kematangan mereka. Ingat, kita juga akan menghadapi hari tua nanti.
No comments:
Post a Comment