Salam semua. Hari ini saya bersama keluarga pergi ke kenduri kahwin dua pupu saya di Nahkoda Kanan, Selayang. Dapat juga berjumpa nenek saudara dan saudara-mara sebelah mak saya dari Negeri Sembilan. Nak tahu apa yang istimewanya kenduri kali ini? Kami disediakan dengan rojak buah dan bubur caca. Emak kata rojaknya sedap bebeno, mungkin telah dipajak khas untuk kenduri tu. Bukan senang nak dapat macam ni woo.
Tidak lupa juga nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Cikgu Nur Azrin yang sedang menjalani praktikum di SKSN sepanjang 3 bulan ini. Kenduri beliau telah diadakan di Dewan Serbaguna Taman Melati Impian; hari ini jam 12.00 tengah hari. Hampa kerana tidak dapat mengunjungi kenduri beliau kerana adanya dua jemputan serentak di hari dan masa yang sama, saya hanya dapat mendoakan dari jauh semoga jodoh mereka berkekalan dan bahagia sampai ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment