Monday, January 2, 2012

2012 ..... menjenguk kita

Assalamualaikum semua. Nampaknya 2011 telahpun berlalu sehari yang lalu dan hari ini, kita berada sekali lagi di persinggahan untuk meneruskan lagi hidup kita di tahun 2012. Rasanya tidak banyak perubahan yang akan saya lakukan tahun yang baru kita tempoh ini, cuma berazam untuk menambahbaikkan apa yang ada supaya lebih mantap demi untuk diri sendiri, keluarga dan kerjaya. Seperti biasa, bagai asam garam di dunia ini, ada banyak suka dan duka kita lalui untuk meningkatkan lagi kematangan diri dan menjadi petanda aras bagi mengenali diri sendiri. Apa ye yang menyeronokkan pada tahun 2011? Salah satu ialah dapat membawa emak untuk menonton 'Ombak Rindu' di pawagam di Wangsa Walk. Yang susah sikit kalau pergi tonton cerita sedih dengan emak ni, nak nangis bila Aaron Aziz berhiba, rasa malu lah pulak, hihihi. Ok, now yang agak menyedihkan saya pulak. Salah satunya ialah keputusan UPSR Bahasa Inggeris di peringkat sekolah yang tidak memberangsangkan. Bukan saya tak dapat batch yang baik, malah saya dah anggap kelas 6 Arif tahun 2011 ini boleh buat yang terbaik untuk sekolah. Tapi malangnya rezeki tidak memihak kepada kami. Cuma 5 orang sahaja yang mendapat A. Subhanallah. Kecil rasanya diri ini apabila keputusan keluar pada 17 November yg lalu. Kalau murid2 saya rasa kecewa, saya 200% lebih rasa kecewa. Tapi biarkan ini menjadi pengajaran kepada kami yang masih lagi dalam proses memperbaiki diri. Saya pasrah. Mesti ada hikmah dalam kekalutan yang terjadi ni.

Saturday, August 6, 2011

Ramadhan Menjenguk Lagi

Salam anak-anak. Amboi, lamanya saya bercuti dari blogging ni. Pertama sekali saya ingin bersyukur kerana masih merasai nikmat yang diberi olehNya bersama semua ahli-ahli keluarga, teman2 dan anak2 murid yang tercinta, Alhamdulillah. Hari ini adalah Sabtu pertama kita berpuasa. Terasa lain jugak kerana selalunya masa ini bersama anak2 didik di sekolah dan masa berlalu begitu cepat sekali. Maka dengan ada sekelumit masa yang terluang ini, ingin saya imbas kembali catatan yang telah saya buat terdahulu untuk menghargai pengalaman yang telah saya lalui dan perasaan yang dirasai ketika itu. Walaupun tak dapat saya titipkan semua tapi cukuplah luahan rasa itu dapat saya coretkan.

Friday, March 18, 2011

Cuti-cuti Malaysia Part 3






Aktiviti hari ketiga, selepas makan sarapan, kalau ikut yang dirancang ialah jungle trekking. Maka berangkatlah kami sambil berjalan kaki ke tempat yang diberitahu semasa kami bertanya di kaunter. Semasa membeli dua lagi tiket untuk masuk ke jungle farm (RM 4 setiap tiket), kami diberitahu hari ini tak ada pony ride. So kecewa lah dua anak dara saya yang berkeinginan untuk mengambil gambar sambil menunggang kuda. So kamipun teruskan aktiviti dengan memasuki mini zoo yang disediakan. Binatang-binatangnya tak la esotik tapi local ones la. Dapatlah anak-anak saya melihat secara dekat arnab, burung merpati, burung merak, penyu, dan angsa. Okay la tu. Kami tak pun pergi jungle trekking, sebab hujan pagi tadi dan pada pendapat saya mesti trek basah. Lagipun bawa khadija, agak sukar untuk masuk hutan tu. Masa berjalan balik dari jungle farm tu, kami sempat juga ambil gambar dengan anak kuda yang diikat di tepi padang. Jadi la, jangan kempunan sudah.

Kami check-out awal hari ini kerana nak singgah beli keropok lekor dan ikan kering di gerai di Batu 10. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat di Greenwood jam 2 pm. Bersyukur sungguh kerana kami dapat menunaikan janji kami kepada anak-anak. Harap-harap mereka sedar yang kami sayangkan mereka dan mahukan yang terbaik untuk mereka. Janji tetap janji. Sekarang mereka mesti belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan bulanan minggu hadapan pula. Okay ke girls?


Cuti-cuti Malaysia Part 2









Di hari kedua, that means aktiviti seterusnya. Pagi-pagi lagi kami dah breakfast dan bersiap sedia untuk ke Gambang Water Park. Bawa la extra baju, seluar, tuala dan makanan. Semua setuju untuk naik kereta je ke sana, kalau tidak akmal akan susah nak naik tram dan terpaksa berdiri dan beratur untuk ke sana. Oleh sebab dalam pakej dah dapat dua tiket water park 2 untuk dewasa maka kami beli satu lagi tiket dewasa ( RM 21.90 setiket) untuk akmal dan 3 lagi untuk kanak-kanak ( RM 14.90 setiap satu). Satu wristband diberi untuk diletakkan di pergelangan tangan kami. Tak lupa juga saya masukkan sedikit duit untuk wristband saya dan suami. Almaklumlah kat water park tu cashless, depa guna e-value untuk transaksi. So they all deduct the value from the money kita add on to the wristband tu je la. Dan kita boleh top up kalau kita nak guna lebih daripada yang telah dimasukkan tu. Kami park kereta di bangunan water park tu ( kalau datang lambat, kena park di luar aje la) and it is free. First thing, kita akan dipakaikan gelang tu oleh pekerja yang ada di pintu masuk. Satu perkara yang saya perlu ingatkan, janganlah bawa apa-apa makanan dalam beg. Because they all checked our bags tau. Kami yang tak tahu menahu tentang ini terpaksa parked our sandwich kat tempat yang disediakan. Bukannya apa, kena bayar RM1.00 pulak tu. Dah tu, terpaksa ingat nak ambil semula. Nanti jadi acar roti berinti lumut la pulak. J Lepas tu kami terus nak sewa locker. Senang aje tuan dan puan, cuma pergi aje ke kaunter loker, kata nak sewa, dia akan scan wristband kita dan deduct RM15 iaitu RM6 untuk sewa dan RM9 untuk deposit dan satu gelang plastik pula diberi untuk di scan untuk buka locker pula. Maka kuranglah duit di gelang kita tu. Suami pulak pergi sewa tube pula. Yang ini RM15 juga, deposit RM5 dan sewanya RM10. Nak layan anak-anak punya fasal, sewa jangan tak sewa.

Akmal dan khadija saya yang jaga dan mereka hanya lepak di Coco Beach aje. Masa kami di situ belum ramai lagi yang ada dalam kolam tu. Adalah dua orang Coco Beach Guard menjaga pantai dan air laut buatan manusia ni. Setiap 15 minit siren akan dibunyikan menandakan ombak air akan datang. Tak payah ke pantai PD, sini pun dah rasa macam mandi air di laut dah. Akmal Cuma duduk di satu tempat aje di tengah-tengah gigi pantai tu tanpa pakai vest. Dia tak kisah, ada ombak ke, takde ombak ke, orang lalu kat depan belakang ke, dia tak ambil peduli sebab dia seronok tengok orang main air sambil air menyapa kaki dia. Dija pula lebih adventures sebab dapat pergi ke dalam sikit berbanding abangnya. Anak-anak yang lain berkesempatan untuk bermain di penguin park. Depa kata seronok, so we will take their words la. Lunch hari ini kami makan ala-ala hot dog dan air milo ais. Apa lagi, deduct aje nilai dari wristband tu. Kalau berminat, kita boleh jugak sewa some sort like a hut, tapi sedia aje la nak bayar RM42. Saya tengok ramai yang sewa, letak beg-beg mereka dan ada yang bawa laptop sekali. Agaknya ada point elektrik kot atau depa guna bateri je kot. Yang nak tidur dan bersembang-sembang pun ada. Dah spent time selama 3 jam, kami pun bersiap untuk pulang ke bilik. Nasib kami baik dapat masuk ke bangunan water park tu just moments before it started to rain. So macam mana kita nak dapat balik deposit dan duit lebih kita? Just go the counter and let them scan. Secara automatik depa akan add the value back. Pergi ke exit, depa dah tunggu nak gunting wristband kita kecuali yang ada e-cash value. So teruskan perjalanan kita ke kaunter 5 di mana kita akan dapat tunai; deposit dan baki wang kita tu.

Rehat sekejap, kami bersiap hendak ke Pantai Teluk Cempedak. Tapi sebelum tu sempat juga suami berjumpa dengan kawan lama(bersama isterinya) semasa bujang dahulu. Dapat juga kami merasa sata dan keropok lekor goreng. Sesampai kami di pantai, hari dah semakin senja. Sempat kami ambil gambar dan membeli key chains, selepas itu kami pun berangkat pulang ke bilik.

Untuk tidak membazir kupon dinner kami, saya bersama anak-anak dara saya pergi ke Caribbean Coffee House and had our dinner. Dah pukul 9, so we cannot expect much from the buffet. Makan ala kadar, anak-anak sibuk nak tengok magic show yang ada di pentas kecil yang dibina. Adalah seorang Melayu buat magic show dengan seorang pembantu perempuannya. Must be okay because ramai jugak yang datang menonton. Lepas tu saya bawa anak-anak dara saya ke mini funfare yang dibuat di bangunan bersebelahan. Nampak macam khas untuk anak-anak kecil aje. Jadi dengan bayaran RM4 seorang saya pilihkan satu permainan untuk mereka. Nasib kurang baik kerana permainan yang saya pilih ini macam gasing yang laju berpusing di atas paksinya. Saya yang menonton anak-anak saya berputar, tak berhenti-henti berdoa agar pusingan tu perlahan dan berhenti. Selepas berhenti, saya tengok anak-anak saya berjalan terhoyong-hayang. Yang seorang nak termuntah pun ada. Rasa pening-pening lalat pun ada. Kesian sungguh mereka. Untuk melegakan hati mereka dan hati sendiri, kami sempat ke kedai cenderahati untuk cuci mata. Kesimpulannya, bukan saja kami ni cuci mata tapi cuci dompet la jugak.


Cuti-cuti Malaysia Part 1





Salam semua. Kali ini saya nak bercerita tentang percutian saya sekeluarga di Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang. Dah dua tiga kali dipaparkan di surat khabar tentang kecantikan dan keunikan resort dan water park nya, maka kami amat berminat untuk melaburkan masa dan duit di sana. Setelah confirm penginapan kami oleh pihak hotel pada hari Ahad 13/03/2011 maka bermulalah blog saya secara ringkas untuk tatapan anak-anak sekelian.

Janji kami kepada Akmal Faris, bulan Mac 2011 sempena cuti sekolah, kami akan membawa keluarga untuk bercuti setelah Akmal selamat menjalani pembedahan tulang belakang tahun lalu dan agak bersedia untuk berjalan jauh. Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat kami tunaikan janji kami dengan menempah bilik untuk tinggal di Bukit Gambang Resort City selama 3 hari 2 malam. Kami juga telah berjanji untuk membawa anak-anak ke Bukit Gambang Water Park seperti yang tersedia dalam pakej yang disediakan. So ini adalah tentatif program yang telah kami sendiri adakan, khas untuk cuti kali ini :

Bukit Gambang Resort City / Waterpark

Tentatif program

Isnin 14/03/2011

http://www.bgrc.com.my/images/WaterPark_logo.png11.00 pagi Bertolak dari Greenwood Park (Perjalanan kira-kira 218km ke Bukit Gambang)

1.00 tgh Makan tengah hari

2.00 ptg Sampai di Gambang Tol, Pahang

3.00 ptg Check –in

4.00 ptg Jungle farm

Tram service

Pony Ride / Horse Carriage

Jungle trekking

7.00 mlm Makan malam - Caribbean Coffee House

9.00 mlm Jalan-jalan keliling bandar Kuantan

Selasa 15/03/2011

07.00 pagi Sarapan pagi – Carribean Coffee House

10.00 pagi Masuk ke Waterpark

1.00 tgh Makan tengah hari di waterpark

3.00 ptg Jungle farm

Tram service/ Horse Carriage

Pony Ride

Jungle trekking

7.00 mlm Makan malam - Caribbean Coffee House

9.00 mlm Jalan-jalan keliling bandar Bandar Muadzam / Pekan

Rabu 16/03/2011

07.00 pagi Sarapan pagi – Carribean Coffee House

10.00 pagi Jungle farm

Tram service

Pony Ride / Horse Carriage

Jungle trekking

12.00 tgh Check-out

Perrgh, macam bagus aje, kan? Tapi kita merancang dan Tuhan yang akan tentukan sama ada yang dirancang dapat direncanakan.

Perjalanan kami bermula jam 10.40 pagi dari Greenwood Park. Sebelum ke sana sempat saya mengambil gambar sederet gerai makan yang terbakar di medan selera tempoh hari. Sebanyak 20 gerai makan telah dilaporkan terbakar dan sekarang pembaikpulihan sedang giat dilakukan. Kalau betul seperti yang dipaparkan di tiang salah sebuah gerai itu, mereka yang menjaja di gerai itu sedang menjaja jualan mereka di depan stesen bas greenwood sekarang ni. That’s for us to find out if you are interested in buying their food, longing for the taste of chicken rice and kari kawah.

Perjalanan diteruskan, tak sampai beberapa puluh kilometer, dah kena bayar tol yang pertama. RM 5 rasanya. Hari yang tak panas dan pulak hujan menyeronokkan hati kami. Sebelum menempuh terowong di sempadan Kuantan, tercatat di situ ada KL-Maran Walk. Mak ai, jauh tu. Berjalan kaki di bukit-bukau dan panas terik ni, mahu pengsan untuk kita-kita yang tak biasa. Tapi agaknya untuk larian amal, depa redah aje jalan kat tepi highway pantai timur ni.

Tol yang kedua yang harus dibayar adalah RM3.00 dan akhir sekali di Tol Gambang, kami dikenakan bayaran RM16.90. So all in, bayaran tol aje RM 24.90.

Kami sampai di Bukit Gambang Resort City lebih kurang jam 1.10 tengah hari. Inilah pertama kali dalam hidup saya, bila nak check-in di kaunter, kena ambil nombor angka giliran! Rupa-rupanya nya sesiapa yang hendak check-in atau check-out kena ambil nombor dan tunggu giliran mereka untuk dilayan di kaunter. Wah… canggihnya. Agaknya dek kerana orang terlampau ramai untuk dilayan sekali gus dan untuk keadilan, maka mereka membuat sistem macam kat bank ini. Bagus juga tapi letih menunggu giliran aje la. Rasanya kalau kita tak book lagi bilik, maka perbincangan akan menjadi lebih panjang sebelum kata putus diberi. Tetapi kerana saya dah booked awal-awal lagi, maka cepat aje dah settled the matter. So kami dapat tinggal di South Wing 1, tingkat 3 bilik nombor 6. Sebenarnya saya dah request bilik yang bawah untuk senangkan akmal, tapi tingkat 3 jugak yang kami dapat. Orang di kaunter tu kata, lif ada 2, so no problem. Tapi saya yang berfikiran negatif ni pulak bertanya, kalau lif rosak macam mana? Well, let us wait and see.

Pakej kata ada 2 katil, satu ruang tamu, satu balkoni, satu dapur untuk bilik jenis studio ni. Cukup ke 2 katil ni untuk kami berenam? So saya ambil keputusan untuk ambil extra mattress untuk 2 malam. RM 35.00 per mattress per night. Bila ambil extra mattress, dapat breakfast dan dinner untuk satu kanak-kanak. So RM70 kena masukkan dalam pembayaran pakej ni nanti. Ambil jangan tak ambil. Pakej ni juga termasuk 2 kali makan sarapan dan 2 kali makan malam di Caribbean Coffee House, selama penginapan dan 2 tiket jungle farm, 2 tiket Water Park ( Adult ) dan naik tram untuk 2 orang. Tak lupa juga satu free try untuk flying fox.

Satu perkara yang mesti diambil kira di South Wing 1 ni ialah, bila naik lif, jika tinggal di tingkat 3, jangan lupa tekan kat button lif tingkat 4. Baru lah sampai di tingkat yang betul. Tanya juga kat seorang pekerja kat situ, napa ye? Dia kata sebab apartment kat situ dibina di tanah yang tak sekata. Iye ke? Tepat ke penjelasan itu? Sabar je la.

Selepas kami dah kemas barang di bilik, maka aktiviti pertama pun dilancarkan. Kalau ikutkan program, kami akan ke jungle farm. Tetapi kerana hujan yang baru berhenti turun, kamipun ambil keputusan untuk naik tram aje. Dalam pakej ada 2 tiket free, so kamipun beli 2 extra (RM1.00 setiap satu tiket pergi ). Siap beli jugak 4 tiket untuk balik tu. Selepas 10 minit tunggu, maka barulah datang kenderaan yang dinantikan. Rasanya tak sabar nak kelilingi resort city ini, tentu besar dan luas mata memandang. Dah settle satu kerusi empat orang, maka perjalanan pun bermula. Adalah tak sampai 10 minit, tempat destinasi pun dah tiba. Rupa-rupanya tram tu sampai ke Bukit Gambang Water Park; bersebelahan aje. Hahahhahahha. Rasanya panaskan enjin tram tu lebih lama dari perjalanan pergi-balik. Yang menunggu nak balik ke resort dah ramai beratur, so tanpa turun kami pun pulang ke tempat asal kami bersama mereka dengan kapasiti tram yang maksima. Inilah lawak awal kami yang tak dapat dilupakan.

Kerana pakej ni disediakan makan malam, kami bertiga anak beranakpun pi la pekena dinner. Okay jugak makanan yang disediakan, style buffet. Lepas tu sengaja kami cruising sambil nak cari sata di Tanjung Lumpur. Yang tak gi dinner tadi, pekena masakan tom yam kat Restoran Nara.


Thursday, February 17, 2011

Selamat bertemu semula....

Salam anak-anak. So how are you all now? Saya dan anak2 dan ahli keluarga yang lain, Alhamdulillah, sihat seadanya. To update about akmal : Today is the second day he went to school after his spine operation. Nampaknye dia lebih yakin untuk berjalan dan tidak sabar-sabar untuk pergi dan belajar di sekolah kembali. Saya bersyukur kepada Allah kerana dia telah sembuh daripada pembedahan itu secara mental dan fizikal. Bukan calang-calang orang boleh melalui masa dan situasi sebelum, semasa dan selepas pembedahan ni. Kalau kali pertama mungkin kita tak tahu apa2. Tapi bila kita nak lalui kali kedua, kita akan rasa kita lebih yakin untuk melalunya kembali. But at the same time, rasa takut akan menyelinap ke jiwa kerana kesakitan dan keperitan untuk pulih semula akan mengambil masa yang lama. Begitu jugalah cara kita nak mematangkan diri ye anak2. Kita semua belajar daripada pengalaman dan pengalaman itulah yang membuat kita berfikir dan bertindak. Akmal adalah seorang anak yang istimewa secara fizikal dan minda tetapi pada saya, dialah salah seorang anak yang mengajar saya erti kesabaran dan berkasih-sayang. Sejak kecil lagi hidup akmal adalah kunjungan ke hospital dan bertandang ke wad; bermesra dengan doktor dan jururawat. Maka saya ingin berdoa kepada Allah agar sihatkanlah kesihatan dia dan berilah peluang untuk akmal hidup sesempurna mungkin seperti insan-insan yang lain.
So what happened today? My mum and dad will be going to Sana'a in Yemen this evening. Mak dan pak akan bermalam di ibukota Yemen itu satu malam dan akan bertolak ke Madinah dan akhir sekali ke Mekah. Kami sekeluarga mendoakan agar mak pak / wan atok selamat pergi dan juga selamat kembali .... Amin.

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam anak2. Nampaknya tahun baru datang lagi. Cuti sekolah akhir tahun 2010 baru sahaja berakhir. Memang saya rasa masa berlalu dengan lambat sekali pada permulaan cuti dulu, mungkin kerana keadaan tertekan kerana pembedahan akmal. Tetapi selepas itu, masa semacam melayang aje sehingga rasa macam tak cukup aje. Pelik ke tak pelik ni? Sure tak pelik kerana semua orang akan rasa seperti yang saya rasa kalau berada di tempat saya.
Macamana persiapan sekolah anak2? Sebenarnya banyak aspek yang mesti anak2 sediakan dalam diri anak2. Antaranya, persiapan mental anak2. Anak2 mesti ada sikap positif dalam diri anak2 dan tanamkan niat di hati anak2 yang anak2 ingin belajar dengan bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran; dan sering berdoa kepada Allah semoga diterangkan hati anak2. Persiapan seterusnya, baju2 dan kasut sekolah. Dah beli ke belum? Atau yang tahun lalu masih elok lagi. Mana2 pun, jangan membazir ye anak2. Saya boleh bayangkan mesti anak2 tidak dapat rasakan betapa perit mak dan bapa anak2 nak menyediakan yang terbaik untuk anak2 semua. Jalan yang paling mudah ialah, ikut sahaja kata2 mak bapa anak2 buat masa ini kerana they all know the best for their children. Kalau anak2 tak boleh percaya tunjuk ajar dan pendapat ibu bapa anak2, siapa lagi yang boleh dan patut anak2 percayakan? Walau macamana tinggipun ilmu pengetahuan anak2, ibu bapa masih orang tua yang masih perlu disanjungi dan ditaati. Kita tak akan rugi sedikitpun kalau kita dapat membahagiakan ibu dan bapa kita.
Ada yang tanya ttg akmal? Alhamdulillah, dia semakin sihat, sedang belajar berjalan kembali tetapi masih menggunakan kerusi roda jika perlu. Masih mendoakan yang terbaik untuk akmal saya .....