Friday, March 18, 2011

Cuti-cuti Malaysia Part 1





Salam semua. Kali ini saya nak bercerita tentang percutian saya sekeluarga di Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang. Dah dua tiga kali dipaparkan di surat khabar tentang kecantikan dan keunikan resort dan water park nya, maka kami amat berminat untuk melaburkan masa dan duit di sana. Setelah confirm penginapan kami oleh pihak hotel pada hari Ahad 13/03/2011 maka bermulalah blog saya secara ringkas untuk tatapan anak-anak sekelian.

Janji kami kepada Akmal Faris, bulan Mac 2011 sempena cuti sekolah, kami akan membawa keluarga untuk bercuti setelah Akmal selamat menjalani pembedahan tulang belakang tahun lalu dan agak bersedia untuk berjalan jauh. Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat kami tunaikan janji kami dengan menempah bilik untuk tinggal di Bukit Gambang Resort City selama 3 hari 2 malam. Kami juga telah berjanji untuk membawa anak-anak ke Bukit Gambang Water Park seperti yang tersedia dalam pakej yang disediakan. So ini adalah tentatif program yang telah kami sendiri adakan, khas untuk cuti kali ini :

Bukit Gambang Resort City / Waterpark

Tentatif program

Isnin 14/03/2011

http://www.bgrc.com.my/images/WaterPark_logo.png11.00 pagi Bertolak dari Greenwood Park (Perjalanan kira-kira 218km ke Bukit Gambang)

1.00 tgh Makan tengah hari

2.00 ptg Sampai di Gambang Tol, Pahang

3.00 ptg Check –in

4.00 ptg Jungle farm

Tram service

Pony Ride / Horse Carriage

Jungle trekking

7.00 mlm Makan malam - Caribbean Coffee House

9.00 mlm Jalan-jalan keliling bandar Kuantan

Selasa 15/03/2011

07.00 pagi Sarapan pagi – Carribean Coffee House

10.00 pagi Masuk ke Waterpark

1.00 tgh Makan tengah hari di waterpark

3.00 ptg Jungle farm

Tram service/ Horse Carriage

Pony Ride

Jungle trekking

7.00 mlm Makan malam - Caribbean Coffee House

9.00 mlm Jalan-jalan keliling bandar Bandar Muadzam / Pekan

Rabu 16/03/2011

07.00 pagi Sarapan pagi – Carribean Coffee House

10.00 pagi Jungle farm

Tram service

Pony Ride / Horse Carriage

Jungle trekking

12.00 tgh Check-out

Perrgh, macam bagus aje, kan? Tapi kita merancang dan Tuhan yang akan tentukan sama ada yang dirancang dapat direncanakan.

Perjalanan kami bermula jam 10.40 pagi dari Greenwood Park. Sebelum ke sana sempat saya mengambil gambar sederet gerai makan yang terbakar di medan selera tempoh hari. Sebanyak 20 gerai makan telah dilaporkan terbakar dan sekarang pembaikpulihan sedang giat dilakukan. Kalau betul seperti yang dipaparkan di tiang salah sebuah gerai itu, mereka yang menjaja di gerai itu sedang menjaja jualan mereka di depan stesen bas greenwood sekarang ni. That’s for us to find out if you are interested in buying their food, longing for the taste of chicken rice and kari kawah.

Perjalanan diteruskan, tak sampai beberapa puluh kilometer, dah kena bayar tol yang pertama. RM 5 rasanya. Hari yang tak panas dan pulak hujan menyeronokkan hati kami. Sebelum menempuh terowong di sempadan Kuantan, tercatat di situ ada KL-Maran Walk. Mak ai, jauh tu. Berjalan kaki di bukit-bukau dan panas terik ni, mahu pengsan untuk kita-kita yang tak biasa. Tapi agaknya untuk larian amal, depa redah aje jalan kat tepi highway pantai timur ni.

Tol yang kedua yang harus dibayar adalah RM3.00 dan akhir sekali di Tol Gambang, kami dikenakan bayaran RM16.90. So all in, bayaran tol aje RM 24.90.

Kami sampai di Bukit Gambang Resort City lebih kurang jam 1.10 tengah hari. Inilah pertama kali dalam hidup saya, bila nak check-in di kaunter, kena ambil nombor angka giliran! Rupa-rupanya nya sesiapa yang hendak check-in atau check-out kena ambil nombor dan tunggu giliran mereka untuk dilayan di kaunter. Wah… canggihnya. Agaknya dek kerana orang terlampau ramai untuk dilayan sekali gus dan untuk keadilan, maka mereka membuat sistem macam kat bank ini. Bagus juga tapi letih menunggu giliran aje la. Rasanya kalau kita tak book lagi bilik, maka perbincangan akan menjadi lebih panjang sebelum kata putus diberi. Tetapi kerana saya dah booked awal-awal lagi, maka cepat aje dah settled the matter. So kami dapat tinggal di South Wing 1, tingkat 3 bilik nombor 6. Sebenarnya saya dah request bilik yang bawah untuk senangkan akmal, tapi tingkat 3 jugak yang kami dapat. Orang di kaunter tu kata, lif ada 2, so no problem. Tapi saya yang berfikiran negatif ni pulak bertanya, kalau lif rosak macam mana? Well, let us wait and see.

Pakej kata ada 2 katil, satu ruang tamu, satu balkoni, satu dapur untuk bilik jenis studio ni. Cukup ke 2 katil ni untuk kami berenam? So saya ambil keputusan untuk ambil extra mattress untuk 2 malam. RM 35.00 per mattress per night. Bila ambil extra mattress, dapat breakfast dan dinner untuk satu kanak-kanak. So RM70 kena masukkan dalam pembayaran pakej ni nanti. Ambil jangan tak ambil. Pakej ni juga termasuk 2 kali makan sarapan dan 2 kali makan malam di Caribbean Coffee House, selama penginapan dan 2 tiket jungle farm, 2 tiket Water Park ( Adult ) dan naik tram untuk 2 orang. Tak lupa juga satu free try untuk flying fox.

Satu perkara yang mesti diambil kira di South Wing 1 ni ialah, bila naik lif, jika tinggal di tingkat 3, jangan lupa tekan kat button lif tingkat 4. Baru lah sampai di tingkat yang betul. Tanya juga kat seorang pekerja kat situ, napa ye? Dia kata sebab apartment kat situ dibina di tanah yang tak sekata. Iye ke? Tepat ke penjelasan itu? Sabar je la.

Selepas kami dah kemas barang di bilik, maka aktiviti pertama pun dilancarkan. Kalau ikutkan program, kami akan ke jungle farm. Tetapi kerana hujan yang baru berhenti turun, kamipun ambil keputusan untuk naik tram aje. Dalam pakej ada 2 tiket free, so kamipun beli 2 extra (RM1.00 setiap satu tiket pergi ). Siap beli jugak 4 tiket untuk balik tu. Selepas 10 minit tunggu, maka barulah datang kenderaan yang dinantikan. Rasanya tak sabar nak kelilingi resort city ini, tentu besar dan luas mata memandang. Dah settle satu kerusi empat orang, maka perjalanan pun bermula. Adalah tak sampai 10 minit, tempat destinasi pun dah tiba. Rupa-rupanya tram tu sampai ke Bukit Gambang Water Park; bersebelahan aje. Hahahhahahha. Rasanya panaskan enjin tram tu lebih lama dari perjalanan pergi-balik. Yang menunggu nak balik ke resort dah ramai beratur, so tanpa turun kami pun pulang ke tempat asal kami bersama mereka dengan kapasiti tram yang maksima. Inilah lawak awal kami yang tak dapat dilupakan.

Kerana pakej ni disediakan makan malam, kami bertiga anak beranakpun pi la pekena dinner. Okay jugak makanan yang disediakan, style buffet. Lepas tu sengaja kami cruising sambil nak cari sata di Tanjung Lumpur. Yang tak gi dinner tadi, pekena masakan tom yam kat Restoran Nara.


No comments: