Assalamualaikum semua. Nampaknya 2011 telahpun berlalu sehari yang lalu dan hari ini, kita berada sekali lagi di persinggahan untuk meneruskan lagi hidup kita di tahun 2012. Rasanya tidak banyak perubahan yang akan saya lakukan tahun yang baru kita tempoh ini, cuma berazam untuk menambahbaikkan apa yang ada supaya lebih mantap demi untuk diri sendiri, keluarga dan kerjaya. Seperti biasa, bagai asam garam di dunia ini, ada banyak suka dan duka kita lalui untuk meningkatkan lagi kematangan diri dan menjadi petanda aras bagi mengenali diri sendiri. Apa ye yang menyeronokkan pada tahun 2011? Salah satu ialah dapat membawa emak untuk menonton 'Ombak Rindu' di pawagam di Wangsa Walk. Yang susah sikit kalau pergi tonton cerita sedih dengan emak ni, nak nangis bila Aaron Aziz berhiba, rasa malu lah pulak, hihihi. Ok, now yang agak menyedihkan saya pulak. Salah satunya ialah keputusan UPSR Bahasa Inggeris di peringkat sekolah yang tidak memberangsangkan. Bukan saya tak dapat batch yang baik, malah saya dah anggap kelas 6 Arif tahun 2011 ini boleh buat yang terbaik untuk sekolah. Tapi malangnya rezeki tidak memihak kepada kami. Cuma 5 orang sahaja yang mendapat A. Subhanallah. Kecil rasanya diri ini apabila keputusan keluar pada 17 November yg lalu. Kalau murid2 saya rasa kecewa, saya 200% lebih rasa kecewa. Tapi biarkan ini menjadi pengajaran kepada kami yang masih lagi dalam proses memperbaiki diri. Saya pasrah. Mesti ada hikmah dalam kekalutan yang terjadi ni.
No comments:
Post a Comment