Salam semua. Akmal dah masuk hari ini, berada 3 hari di dalam wad di HKL. Pada mulanya nampak juga dia tension, sampai tak mahu bercakap dan sukar untuk mencium tangan saya semasa bersalaman. Agaknya dia dapat rasa getaran hati ibu dia ni. Tapi setelah settled down dengan abahnya di bilik 2B tu, hari ni nampak dia ceria sikit. Semenjak di wad, dia telah di ambil darah 2 kali, tekanan darah di check selalu, x ray pagi tadi dan ECG pada hari pertama lagi. Pagi tadi doktor pakar bedah telah berjumpa dengan akmal dan abahnya, beritahu tentang pembedahan dia dan disenaraikan ditempat yang kedua esok. Doktor kata pembedahan itu akan melibatkan 4 ke 5 tulang belakang akmal. Lagi 3 minggu, akmal akan dibedah lagi. Saya amat bersyukur kepada Allah di atas semua nikmat yang diberiNya, terutamanya mendapat seorang anak yang bernama Akmal Faris yang akan menjalani pembedahan esok. Ya Allah, tenangkan hati seorang ibu ini dan engkau permudah dan lancarkanlah pembedahan tersebut. Semoga anak ibu ini akan pulih seperti anak2 sihat yang lain. Amin.
1 comment:
Semoga anak Kak Idah cepat sembuh dan kembali kepangkuan..
Post a Comment