Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009

Salam semua. Nampaknya tahun 2009 akan melabuhkan tirainya dan esok kita dah nak sambut 2010 tahun baru yang kita nanti-nantikan. Kepada anak-anak didik saya tahun ini, saya mengucapkan selamat menempuh zaman Tahun 6 lebih-lebih lagi untuk mengharungi UPSR yang akan menjelma tahun hadapan. Tidak ada frasa 'putus asa' dalam kamus hidup kita, kan. Maka, jika kita menemui kegagalan atau kesusahan, we have to pave through. One thing we have to remember, 'when the going gets tough, the tough gets going'. Maksudnya bila kita tempuhi masa kesukaran, hanya mereka yang tabah dan tekad sahaja yang sanggup berusaha untuk menempuhnya dengan kental hati dan mereka akan berjaya, InsyaAllah. Akhir kata, saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010, semoga kita dilindungi Allah sentiasa dan diberkati usia dan kehidupan kita. Ampun dan maaf saya pinta terkasar bahasa dan perbuatan sepanjang pengajaran saya. Doa saya agar anak-anak berjaya dan sukses dalam UPSR tahun hadapan, Amin.

No comments: