Salam semua. Nampaknya sekali lagi sekolah kita menyambut dua sambutan serentak pada hari yang sama. Cantik-cantik anak-anak semua berbaju hari raya dan membawa sedikit juadah setiap seorang untuk dihidangkan di meja Tahun 5 di Dewan Besar SKSN. Ada juga anak-anak membuat persembahan untuk menghiburkan semua warga SKSN yang datang hari itu. Akhir sekali anak-anak dijamukan dengan bihun goreng dan air kotak. Guru-guru pula dapat menjamah nasi beriani, mee lontong, nasi impit dan kuah kacang yang disediakan di belakang dewan. Hari ini pula kami semua cuti peristiwa sempena Hari Deepavali yang akan disambut esok. Mesti anak-anak seronok bercuti dengan keluarga, kan!
No comments:
Post a Comment