Friday, July 3, 2009

Muka-muka baru..










Salam semua. Nampaknya kita dahpun masuk ke bulan Julai. Pejam celik nanti masuk bulan puasa, dah nak raya..isy,isy,isy. Kali ini saya nak rekodkan 3 orang ahli baru dalam kelas 5 Bestari dalam masa 2 minggu kebelakangan ini. Jumlah kami yang telah mencapai angka 32 ini telah memenuhkan lagi ruang kelas kami yang agak terhad ini. Apa-apapun, saya ingin mengalu-alukan kedatangan mereka yang akan menceriakan lagi kelas yang istimewa ini. Semoga apa yang diidamkan; ada pada kelas dan sekolah ini hendaknya. SELAMAT DATANG kepada Amir Hurairah (bekas murid SK Desa Pandan) , Mohammad Adam (bekas murid SK Gombak Utara )dan Siti Nuraqilah ( bekas murid SRA Integrasi Sg. Chinchin ).

1 comment:

Anonymous said...

Cikgu, ramai org panggil Adam camni = ADAM DAN HAWA...
Hahahaha!!
But not me...
:-p