Sunday, May 3, 2009

Satu Ahad yang mengembirakan.


Salam semua. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih lagi bertemu buat kali ini. Pagi ini saya sekeluarga telah berkesempatan untuk bersarapan dan menjamu selera di Restoran Taqwa Taman Bullion Mewah. Hidangan yang saya pilih ialah roti canai sardin dan teh tarik. Ehmm, boleh tahan jugak sedapnya. Selepas itu kami berkesempatan untuk menjamu mata di Taman Kosmopolitan Kepong, berhadapan dengan SK Intan Baiduri. Pada saya, udara yang nyaman dan pokok-pokok yang menghijau dapat melenyapkan rasa sesak yang kadang-kadang bertandang di hati. Itupun kalau kita rasa sesaklah. Tapi kalau kita dapat pergi ke tempat sebegini bersama ahli keluarga yang lain, sihat dan tiada masalah bersarang di hati, maka kita akan hargai setiap detik yang berlalu dengan ungkapan kesyukuran kepada Tuhan dan menghargai seadanya. Kami juga berpeluang untuk menaiki keretapi yang telah mengelilingi sepanjang 4 km tasik di taman ini. Bayarannya amat berpatutan iaitu RM4 bagi setiap orang dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak. Well, what do you expect. The whole place is quite big and mind the maintainance they have to endure. Kisah hari ini belum berakhir lagi tetapi kita berhenti sebentar buat masa ini.

No comments: