Saturday, May 2, 2009

'Action song' untuk tahap 1 / Niexus-NIE


Salam semua. Hari ini saya teringat mesyuarat 'action song' yang telah saya hadiri hari Rabu (29/04/09)yang lepas. Tahun ini merupakan tahun ketiga sekolah ini akan mengambil bahagian di dalam aktiviti ini. Tahun 2007, kami tidak mendapat sebarang tempat di peringkat zon. Tahun 2008, kami melangkah ketempat pertama di peringkat zon dan seterusnya tempat ketiga di peringkat Wilayah Persekutuan. Alangkah gembira hati semua guru pembimbing dan anak-anak yang mengambil bahagian tahun lepas. Maka tahun ini, tanggungjawab yang besar dipegang oleh Puan Nor Haslina Che Manaf dan Puan Nazirah sekali lagi. Dengan bantuan semua guru Bahasa Inggeris, Puan Ezura serta berkat doa seluruh warga sekolah, InsyaAllah; harapan kami agar kejayaan kami kecapi. Latihan telah kami mulakan dengan murid-murid tahun 3 Arif dan 2 Arif di mana semuanya disertai oleh murid-murid perempuan sahaja.
Seperkara lagi ialah bengkel setengah hari yang telah saya hadiri tajaan New Straits Times, Niexus-NIE bertempat di Balai Berita NST, Jalan Riong pada hari Selasa (28/04/09) yang lalu. Banyak perkara yang telah saya pelajari dan aktiviti yang telah dapat sertai sepanjang bengkel ini. Salah satunya ialah laman web yang mesti anak-anak terokai seperti yang tertera di sebelah kanan blog ini. Anak-anak tidak payah melanggan, kerana semuanya adalah percuma. Why not you register and try all the activities given. I have tried, they do have many awesome acitivities that can 'tickle' your brain.

No comments: