Friday, May 22, 2009

Pertandingan 'Action Song' Peringkat Zon Sentul




Salam semua. Apa khabar ya? Harap semua anak-anak sihat dan bersedia untuk menghadapi PKSR 1 minggu hadapan. Well, let me tell you a few things about the action song we went through last week . Pertandingan tersebut telah diadakan pada 19 Mei, 2009 di SK Batu Muda, iaitu kurang 5Km jauhnya dari sekolah kita. Sebuah sekolah yang baru, tetapi bangunan-bangunan dan frasarananya amat teguh dan mengkagumkan. Terasa seperti berada di hotel taraf 5 bintang!


Kami telah membuat persembahan yang ketiga daripada 9 sekolah di daerah Sentul yang telah mengambil bahagian. Murid-murid ini terdiri daripada anak-anak berusia 7 hingga 9 tahun dan seharusnya setiap kumpulan yang wajib mempunyai 15 ahli ini di kalangan anak-anak yang berbilang bangsa. Setiap persembahan di antara 5 ke 8 minit dan muzik mestilah minus one.


Dengan bangganya saya ingin mengumumkan bahawa sekolah kita telah mendapat tempat ke 3 di belakang sekolah SK Batu Muda dan SK Seri Murni. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada guru-guru yang bertanggungjawab melatih anak-anak ini tanpa jemu dengan amat berdedikasi. Noor Haslina, Nazirah, Ezura, Azila, Haslinda, Haslina, Kak Leha dan lain-lain, thank you very much. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas balik budi yang ditaburkan. I love u all so much. Tahun hadapan kita cuba lagi, ya adik-adik.

No comments: