Wednesday, May 6, 2009

HARI GURU 2009


Salam semua. Tema Hari Guru Kebangsaan tahun 2009 ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Tahu tak anak-anak kenapa Hari Guru disambut setiap 16 Mei setiap tahun? Ini kerana pada tarikh tersebut iaitu pada tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen ini juga dikenali sebagai Laporan Razak.
Tahun ini satu Festival Hari Guru akan diadakan di Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu dari 14 hingga 17 Mei nanti. Seronok juga kan kalau boleh kita bersama-sama ke sana untuk meraikan Hari Guru? Tapi tak apa, kita akan sambut Hari Guru di peringkat sekolah pada 18 Mei nanti. Masa tu lah kita tengok guru-guru menyanyikan Lagu Guru dan Lagu tema Hari Guru 2009. Mungkin ada persembahan yang akan dijayakan oleh guru pada hari itu. We'll see. Jadi anak-anak saya sarankan anak-anak jangan lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada setiap guru yang telah mengajar anak-anak, supaya berkat ilmu yang telah dipelajari, InsyaAllah.

No comments: