Salam semua. Saya rasa sinar Syawal masih bersinar dengan hebat lagi memandangkan ramai lagi yang akan mengadakah rumah terbuka hujung minggu ini dan minggu depan. Bayangkan seronoknya anak-anak bermain sambil menikmati juadah yang dihidangkan. Begitu juga kami sebagai ibu bapa akan mengambil kesempatan untuk beramah mesra sambil mengeratkan lagi siratulrahim. Anak-anak muda harus diajar untuk kunjung-mengunjungi saudara-mara dan sahabat-handai supaya budaya ini tidak pupus di telan zaman. Tapi perlu diingatkan, janganlah anggap mendapat duit raya sebagai satu kemestian kerana beri atau tak beri; banyak atau sikit amaunnya adalah terpulang kepada yang memberi,okay. Esok macam penuh aje diari saya dari tengahari ke petang di Bukit Aman. Tak lupa juga nak berkunjung ke Damansara di sebelah pagi dan Taman Langat Ceria, Hulu Langat hari berikutnya. Ini yang dirancang, minta-minta diperkenankan oleh Tuhan.
Anak-anak saya perlu ingatkan PKSR 2 akan dihadapi pada 26 Oktober nanti. Yang belum hantar folio KT dan Muzik lagi tu, jangan lupa siapkan. Raya tu raya jugak tapi tugas sebagai pelajar harus dilaksanakan. Saya ingatkan anak-anak dan diri saya sendiri yang tak seberapa ini.

No comments:
Post a Comment