Saturday, July 25, 2009

Wake up Faridah......

Salam semua, Minggu ni adalah minggu yang paling meletihkan kerana saya demam dari hari Ahad hinggalah hari Khamis. Sepanjang hari-hari tu saya banyak rehatkan diri dan tak dapat menjalankan tugas rasmi selama 2 hari. Tahu tak anak-anak, rasanya gerun juga bila hendak berjumpa dengan doktor pada hari Selasa yang lalu? Mana taknya, semua jenis sakit yang saya rasa terjurus kepada H1N1 ada pada diri saya: Demam, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan, selsema,.....wow, suspen betul! Tapi bila doktor tu relaks aje beritahu saya demam kerana tekak ada luka sedikit ( jerit selalu sangat kot), beri cuti dua hari, then that's it. Alhamdulillah rasa badan ni dah sihat 85%, kira bagus la tu. Maknanya, saya mungkin dapat selsema biasa H2N2 sepupu angkat belah bapa tiri pak sedara H1N1 tu la. So what makes me have the fever because of the throat's slight cut? Bila ada luka tu, sure ada kumannye kan. Badanpun bertindakbalas lalu demam. Caranye makan antibiotik yang doktor tu beri. Tu sebablah kita kena makan antibiotik sampai habis dan tepat pada waktunye. Antibiotik tu la yang tolong melawan jangkitan kuman tu. Faham anak-anak? Kalau salah tolong betulkan...
Esok petang (Sabtu) kami nak ke kenduri kahwin di Bangi, nak ikut?

No comments: