Friday, June 26, 2009

Minggu yang agak sibuk....

Salam semua. Minggu ini minggu yang agak packed bagi saya. Disamping sibuk mengajak anak-anak didik kembali belajar seperti biasa ( selepas cuti dua minggu dulu ), ada juga terselit tiga aktiviti yang menghindarkan saya dari pergi mengajar seperti biasa. Pagi Isnin saya telah membawa anak keempat saya ke HKL untuk temujanji terapi pertuturannya. Khadija walaupun telah mencecah empat tahun masih lagi tidak boleh bertutur seperti kawan-kawan seusianya. Alhamdulillah, saya nampak dia telah agak gemar berkata-kata sekarang tapi tidaklah dalam satu ayat yang panjang. Whatever it is, I am very grateful to Allah.
Hari Rabu pula, saya telah menghadiri satu Mesyuarat Penyelarasan PBS UPSR BI 2009 di Hotel City Villa di Chow Kit. Nampaknya saya terpaksa berpisah juga dengan anak-anak buat beberapa hari nanti untuk menyelaras skor bagi 4 buah sekolah di daerah Sentul untuk lisan dalam dalam Bahasa Inggeris. Tak apa, nanti boleh buat keje rumah banyak-banyak sikit...
Hari Jumaat pula, walaupun di sekolah ada Hari Terbuka untuk parents jumpa guru-guru untuk mengambil buku adab belajar, saya terpaksa membawa anak pertama saya ke Hospital Kuala Lumpur untuk temujanji dengan pakar tulang. Akmal ialah salah seorang anak saya yang istimewa dan dikesan menghadapi skoliosis iaitu bengkok tulang belakang. Allah sahaja yang tahu bagaimana terkejutnya saya dan suami bila mengetahui keadaan Akmal yang sebenar. Demi Allah, saya tidak nampak keadaannya yang berjalan semakin senget sebelah kerana sememangnya dia memang berjalan tidak 'cantik' sejak kecil lagi. So apa yang pakar tulang kata untuk hari ini? Akmal harus melalui MRI untuk tulang belakangnya untuk melihat secara terperinci saraf tunjang di tulang belakangnya. Selepas tu, mungkin Akmal akan melalui satu pembedahan untuk memasukkan implan dari jenis 'titanium' untuk meluruskan tukang belakangnya. Itu semua dalam perancangan. Banyak lagi yang mesti disettlekan dulu.
So anak-anak, ada sedikit iktibar yang patut kita ambil disini. Never take things for granted. Kalau anak-anak sihat, janganlah ambil ringan dengan segala kesempurnaan yang ada. Kerana ada anak-anak lain yang tidak bernasib baik macam anak-anak dan sedang menderita. Fikir ya...

No comments: