Salam semua. Hari Ahad ni, aktiviti agak kurang sikit. Kami merancang ke Pantai Besar ( rumah pak mentua saya ) dan kenduri kahwin kawan suami saya. Kenduri kahwin tu agak meriah dengan DJ nye ( orang lama ) kerap membuat pantun secara spontan dan 4 khemah didirikan untuk para tetamu. Pengantin dihiburkan dengan paluan kompang dan pencak silat. On the way to Changkat Jering, sempat jugak lalu di Tasik Taiping nan indah, Zoo Taiping dan di Pokok Assam, sempat juga pekena air jambu special, iaitu bercampur asam boi. Sedap jugak, tapi kalau tersedut habuk asam boi tu, nak tersedak jugak dibuatnya.
Pagi Isnin, kamipun bertolak dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur. Perjalanan ok all the way, tak pulak hujan macam selalunya. Alhamdulillah, tiba di Taman Greenwood ngam-ngam untuk makan tengah hari. Home sweet home.....
No comments:
Post a Comment