
Friday, May 1, 2009
Murid-murid Tahun 5 Bestari sehati sejiwa mempersembahkan satu aktiviti 'choral speaking' di hadapan semua murid pada pagi Khamis ( 16/04/2009 ) sempena 'English Week
' sekolah kami. Saya merasa amat bangga dengan keyakinan dan kreativiti mereka untuk sama-sama berlatih dan meluangkan masa untuk menjalankan aktiviti ini. Tajuk 'choral speaking' yang mereka persembahkan adalah ' The Tap' yang telah diadaptasikan dari sebuah buku. Harapan saya agar mereka akan meneruskan usaha murni mereka untuk menjadi insan yang berguna dan tidak mengenal erti putus asa. Kepada Auni, Kafiya, Karmila, Puteri, Aizzah, Ainaa, Haziq, Mirza dan anak-anak yang lain, terima kasih.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment